Pages

Tuesday 17 February 2015

Amalan Ibu Mengandung


Assalamualaikum..
Khas bagi bakal-bakal mummy dan yang nak berumahtangga.. Saja nak share note yang sempat tulis dari Dato 'Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Menurut al-Quran, sunah & PENGALAMAN. 

Peringkat Sebelum mengandung:
1)      Pilihan pasangan yang baik.
Sebelum berkahwin pastikan bakal pasangan mempunyai lakar belakang yang baik.
Suruh yusuf ayat 4 (supaya Allah kurniakan jodoh yang baik)
2)      Baca doa sebelum melakukan hubungan intim bersama suami isteri.

Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya sentiasa dijauhkan daripada godaan syaitan dan dikurniakan zuriat yang baik.

Peringkat semasa mengandung
1)      Ibubapa jangan kerap bergaduh!
“melahirkan zuriat yang panas baran”
2)      Ibubapa yang suka bersedekah
-          Zuriat jadi pemurah, lembut hati
3)      Ibubapa yang mengidam benda pelik memberi petunjuk akhlak yang tidak elok.
4)      Ibubapa yang jaga solat
-          Mudah dapat hidayah
Ibubapa curang
-          Zuriat suka melakukan maksiat

15 Amalan kerohanian anak dalam kandungan
1)      Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t
2)      Banyak berdoa kepada Allah s.w.t
-          13 doa
3)      Rajin puasa sunat. (peranan suami!!!)
4)      Rajin solat wajib dan solat sunat.
-          Jemaah bersama!
5)      Ibubapa Banyakkan berzikir
-          Zuriat kuat fizikal dan rohani
6)      Banyakkan membaca al-quran
7)      Membaca buku ilmiah
-          Kisah nabi
8)      Berbual dengan anak yang berada di dalam kandungan
-          Sentuhan kasih sayang.. (bergerak)
9)      Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman
-          Permudahkan proses kelahiran anak.
-          Suami kene mainkan peranan membantu isteri
10)   Tidak terlalu tertekan dan stress
11)   Menjaga adab dan emosi
-          Adab dengan suami isteri (cakap lemah lembut/ hormat pasangan/hargai isteri)
12)   Makan makanan yang baik
13)   Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
14)   Rajin ukirkan senyuman
15)   Rajin hadiri majlis ilmu
-          Zuriat yang soleh dan solehah


Perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika mengandung
1)      Elakkan mengidan makanna yang tidak baik
2)      Elakkan makan dan minum makanan yang haram
-          Zuriat akan gemar melakukan maksiat
3)      Elakkan makan makanan yang berbisa
4)      Suami elakkan isteri susah hati
-          Emosi anak terganggu
5)      Elakkan penampilan yang tidak menarik depan suami
6)      Elakkan maksiat terhadap Allah s.w.t
-          Jaga pergaulan
7)      Elakkan percakapan yang tidak baik
8)      Jauhi membuka aurat
9)      Jauhi amalan khurafat
10)   Tidak bertekan dan stress

Perkara-perkara yang perlu dilakukan saat kelahiran anak
1)      Kewangan
2)      Kesihatan dan fizikal
3)      Jangan bebankan kerja terlampau berat / cuti mohon awal
4)      Jangan tidur banyak susah untuk proses kehamilan
5)      Sediakan peralatan ibu dan anak
6)      Pilih hospital untuk bersalin
7)      Perlu ada perbincangan dengan keluarga
-          Pantang dekat mana?

Peringkat selepas kelahiran anak
1)      Bersyukur kepada Allah s.w.t
-          Hebahkan kepada keluarga/jiran/sahabat
2)      Azan di teliga kanan dan iqamah di teliga kiri bayi
-          Zuriat dijauhkan tiupan syaitan
3)      Mendoakan dan membacakan surah-surah tertentu
4)      Ibu hendaklah menyusukan anak semenjak anak dilahirkan
-          Surah Al-Hujurat (untuk susu yang banyak)
5)      Mentahniqkan bayi *belah mulut*
-          Menyunyah kurma  *sebaiknya dilakukan oleh yang soleh*
Cara-caranya > ibubapa kunyah kurma dan gosokkan lelangit bayi. } untuk otak anak
6)      Menamakan bayi
-          Hari yang ke-7
7)      Mencukur rambut bayi
-          Hari ke-7
-          Bila cukur rambut > rambut ditimbang dan disunatkan bersedekah emas dan perak @ duit untuk fakir miskin.
-          Faedahnya (tanda kesyukuran/ percepatkan proses rambut anak/ member daya penglihatan derai dan sebangainya
-          Cara cukur rasullah tegah (tak boleh gunting jek kena cukur sepenuhnya)
8)      Melakukan aqiqah
-          Anak lelaki (2 ekor kambing) / anak perempuan (1 ekor kambing)
9)      Melakukan khitan *berkhatan*
-          Anak perempuan (buat senyap-senyap – hari ke-7/40)
10)   Mendidik anak untuk beriman dan berakhlak baik


p/s:
Suami hargai isteri selepas kelahiran **bagi hadiah/berterima kasih kepada isteri lahirkan dan bertarung nyawa*
Isteri jaga kesihatan dan pantang dengan betul




No comments:

Post a Comment