Pages

Tuesday 15 December 2015

Bayview Beach Resort | Batu Feringgi

Assalamualaikum..

Percutian yang dah basi!! Tapi nak jugak share dengan korang yang mane masih dalam mood nak bercuti sempena cuti sekolah.. Al-kisahnya kami sekeluarga attend satu majlis kahwin "anak angkat mak mertua" dekat Teluk Batik.. So alang-alang menyinggahlah ke Pulau Pinang!! wowww bab unplanned ni memang en husband orang yang pakar....

Sepanjang perjalanan dari Teluk Batik ke Pulau Pinang, anak dara syok sungguh beradu.. Sempat jugak bagi chance dekat mama papa review dekat mana nak bermalam.. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Terdapat banyak hotel dan rumah tumpangan sepanjang jalan ke Batu Feringgi daripada yang bajet hinggalah yang mewah. Semua ada!!!

Kami memilih untuk menginap di Bayview Beach Resort Hotel yang mana bersebelahan Hard Rock Hotel. 

Hotel front view_cantikkan




Bilik yang kami menginap, sangat selesa dan paling best permandangan sangat cantik. Boleh dengar ombak dan swimming pool sangat menenangkan..



Cantikkan permandangan dari balkoni ni, so korang rugi kalau tak singgah kat sini tau..


Ini antara aktiviti yang kita boleh buat kat hotel ni.. Anyway ini first time sya naik kuda, takut jugak.. Tapi ada en husband jadi berani tetibe.. huu cewah drama sangat!!! 

Part ni paling best, #shaziaazzahra first time swimming!! Good job darling, huu budak suka air ni redho jek la papa mama campak dia dalam air.. Honestly memang best bagi korang yang nak bawak anak-anak bercuti dan menginap di hotel ni.

Untuk breakfast macam biasa, sya tak sempat nak amik gambar!! kebuluran..  I bagi 


_selamat bercuti di Batu Feringgi_
Overall nice!!!




Friday 13 November 2015

Janda Baik Lokasi Menarik Bercuti | D'ARK RESORT

Assalamualaikum..

Pada 5 September 2015,  kami sekeluarga singgah rehatkan diri dekat D'Ark Resort di Janda Baik, Pahang. Sejujurnya ini adalah kali pertama sya pergi ke Janda Baik, Pahang. Walaupun dah 6 tahun duk ulang alik balik kampung. 

Sebenarnya memang tak plan lansung nak pergi Janda Baik. Al-kisahnya, last week kami sekeluarga balik terengganu untuk hantar parents sya pergi menunaikan haji. Kami sekeluarga balik sekejap jek, memang tak plan nak pergi bercuti pun. Bertolak dari KL hari jumaat dab balik sini selepas hantar ma abah hari sabtu.. gigihhh!!! Thanks husband...

Dalam perjalanan balik, husband tanya "kita singgah gambang nak sayang??"... huu apa lagi berbunga-bunga hati si isteri ni, terus tak ngantuk.. Sepanjang perjalanan sya duk search nak pergi mana. Gambang Water Park macam tak sesuai untuk kami yang ada anak kecil, kesian dekat Zahra. Cherating??? pun best, tapi husband tak nak pergi tempat panas.. So kami decide search pasal Janda Baik.. 

Banyak jugak review hotel, resort dan chalet dekat Janda Baik.. Rupanya banyak sangat pilihan, agak rambang mata nak pilih. So kami decide untuk tinjau dulu dekat Janda Baik, tengok keadaan macammana baru choose mane satu.

Basically jalan ke Janda Baik, agak mudah jika nak dibandingkan nak ke Bukit Tinggi cuma jalan ke sana agak sempit sedikit. Sampai jek sana kami tinjau dulu kawasan, singgah tengok resort, hotel dan chalet. Menarik!!! Cherangin Hotel dan D'Ark Resort jadi pilihan. Husband pilih nak stay dekat D'Ark Resort sebab suasana tenang dan dekat dengan sungai. Nak di comparekan dengan Cherangin Hotel lebih kepada view yang cantik dan agak jauh dengan sungai . Tapiii nak dijadikan cerita masa kitorang nak check-in hanya tinggal appartment suite (2 bedroom). So nak tak nak kitaorang decide stay jek.


Cantikkan - ni lobby tempat nak check-in.. Dari pintu pagar memang dah tersergam indah nampak so klasik dan tradisional. 

Yang ni bilik yang betul-betul berhadapan lobby.. semua dah full!!! cantikkan.. 

Ni kat luar lobby.. sambil-sambil tunggu en husband uruskan apa yang patut sempat gak snap.. 

D'ark resort janda baik ni, sangat sesuai bagi mereka yang nak buat family day, team building sebab kawasan resort sangat best. Ada padang bersebelahan resort, tempat bbq, laman kecil dihadapan bilik, dewan dan yang paling BEST berdekatan dengan anak sungai yang sangat cantik....

Sebelum itu, jom tengok bilik yang ktorang duduk.. kot korang berkenan bolehlah singgah hujung minggu!! huu

Laluan ke bilik kami, memang banyak sangat pokok. Siap ada pokok hutan yang dah bertahun lamenye tau!! Memang diorang simpan. teruja kejap!!


Ok inilah dia (Apartment suite) - Rafflesia..

Bukak jek pintu sangat teruja... Ini ruang tamu , ada sofa meja makan dan kerusi rehat.. sangat sesuai untuk lepak-lepak dengan family.. 

Master bedroom _ dalam bilik ni ada 1 queen dan 1 single bed + table tea!!


2nd room - 2 single bed

Balkoni - woww part ni paling best.. ada balkoni yang sangat sesuai untuk lepak dengan family.. 

cantikkan view kat balkoni ni.. korang boleh sentuh pokok-pokok hutan dari balkoni ni tau!! jakun kejap.. 

Petang tu tak de buat pape.. Layan mengopi dan buah rambutan yang ma bekalkan dari kampung dengan en husband.. huu barulah rare!! kihkihkih.. suasana kampung sangat.. i like it!!!

Ehhh tetibe ada makshu!!! sonoknyeee.... huuu alkisahnye... kitaorang 3 beranak kebosanan duk bertiga dengan apartment yang besar tu.. macam scary jek!!! so call family mentue ajak join... Ramai orang barulah meriah...

Inilah anak sungai yang berdekatan D'ark Resort.. Cantikkan!! Air sungai sangat sejuk dan suasana memang best..

Potret family -- abaikan muka bangun tidur.. Shazia az zahra langsung tak pandang camera, teruja tengok air mengalir... 

woww sonoknye... ibu + kakakareessa + makteh + papa & mama
"nanti kite datang lagi k!!!"

kat sini pun ada ATV tau.. RM10 untuk dua pusingan (pusingannya takdelah besar pun cukuplah untuk yang nak merasa bawak ATV).. yang kelakar budak baju hijau tu terlanggar pokok!!! kihkih.. Korang yang berminat boleh jugak sewa ATV tu untuk pusing kampung janda baik ni, tak silap sya RM60.. Memang best pada yang berminat jangan lepaskan peluang... Mana yang datang untuk family day boleh buat trip satu family pusing kampung.. Mesti syok!!!

Ok dah penat balik siap-siap nak check-out.. Keseluruhan trip unplanned ni sangat best!!! Tapi korang perasan tak sya terSKIP part breakfast.. Actually breakfast yang dyorang sediakan not bad!! Ada nasi lemak + mie hoon + kuih -muih + orange jus + teh o panas.. ok lah untuk alas perut.. 

Bagi korang yang berminat untuk bercuti kat D'ark Resort Janda Baik boleh tengok details KAT SINI!!  



XOXO
#mamazahra

Thursday 12 November 2015

Shazia Az Zahra | 4 months update


Weight : 6.4kg
Diapers : size M
I LOVE eat, i love play with my hand..

*20150906 | 4 months
-----------------------------------------------------------------------------------------

> Berat badan zahra makin bertambah.
> Zahra boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran, suara dan juga ekspresi muka papa mama nenek dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya.
> Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut.


Tuesday 8 September 2015

DIY BARUT BAYI

Assalamualaikum..

Barut bayi merupakan antara persediaan penting bagi sesetengah ibu yang baru melahirkan anak. Dikatakan dengan memakaikan barut pada anak boleh mengelakkan kembung perut. Sejauh mana kebenaran sya sendiri tidak tahu kesohehannya. 


Kepentingan kegunaan barut bayi
Dapat mengelakkan bayi baru lahir daripada kembung perut dan rasa tidak selesa terutama ketika tidur.Perut tidak buncit bila bayi ini meningkat usianya terutama pada bayi yang kuat menyusu.
Ini adalah antara hasil jahitan #diy barut bayi yang sya hasilkan.

Kalau dahulu kala, barut hanya dijahit sendiri, tiada di pasaran dan hanya berwarna putih. Tapi kini dengan inovasi dan rekacipta maka wujudlah rekaan barut yang pelbagai corak dan warna serta dapat menceriakan bayi. Selain itu jugak pemilihan kain sangat penting bagi keselesaan bayi. Kebiasaan untuk barut bayi ibu-ibu menggunakan kain cotton ataupun cotton flannel. Dan sya memilih cotton flannel, keistimewaan barut yang menggunakan kain cotton flannel yang lembut dan tidak sensitif pada kulit bayi. Tidak terlalu tebal dan panas. Sangat mudah dan selesa dipakai pada bayi

Peralatan yang diperlukan untuk membuat barut bayi

Simplekan peralatan yang digunakan!!!


Jenis dan saiz barut bayi
Kebanyakan barut yang dijual di pasaran adalah satu size "free size". So sya decide untuk #diybarutbayi sediri. Sya buat dua size, untuk pengunaan (newborn - 1month) dan (1 month - 2month). 

Kenapa perlu size yang berlainan?
Atas nasihat kakak dan kakak ipar tersayang, diaorang banyak nasihatkan buat dua size, sebab bayi yang keluar nanti size dia agak kecik. Bila pakai yang free size sangat besar untuk bayi nampak tak selesa. So sya kecilkan size barut, boleh pakai sampai zahra 1 bulan.

Jenis barut bayi?
Ok barut bayi, sya buat 2 jenis, yang bertali dan berpelekat (zap). Bagi sya berpelekat lagi senang nak jika dibandingkan dengan barut bertali. Lebih mudah bagi ibu-ibu yang nak cepat macam sya. huuu

Tempoh pemakaian barut pada bayi  
Sya tak berapa sure dengan tempoh pemakaian bayi ini. Kebiasaannya barut ini dipakaikan pada bayi dari usia sehari sehingga 4 bulan. Tapi sya hanya pakaikan zahra seusia zahra sehari hingga 2 bulan sahaja.. huuu.. kesian dia nampak tak selesa :(


p/s: kepada ibu-ibu yang ingin menempah barut bayi yang cantik, murah dan mengikut citarasa anda just click here!!



Monday 7 September 2015

Shazia Az Zahra | 3 months update

Weight : 5.1kg
Eat : 40z every 3 Hours
Diapers : Size M
I love : Smiling any time!!!

*20150806 | 3 months*
.......................................................................................................

> Menegakkan kepala dengan stabil


Zahra sudah mula mengangkatkan kepala semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Koordinasi lengan, kaki dan tangannya lebih baik.

Jika diampu untuk duduk, zahra boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus.
Ketika dia meniarap, zahra mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Biasanya sya akan duduk di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.

> Boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya

> Pola tidur lebih terkawal

> Jelas mengenali emak dan ayah

Shazia Az Zahra Bt Shahirwan


Alhamdulillah 06.05.2015 | 02:06pm


_Shazia Az Zahra_
Bunga yang harum
Nama ini dipilih sempena nama putri baginda Rasulullah SAW "Fatimah Az Zahra".. Tapi papamama nak ada Sha jugak kat depan nama.. Bernafaslah dan kuatlah sebagaimana hidup seorang putri kesayangan Nabi SAW. Insyaallah


Bidadariku,
Anugerah terbesar dari Allah. 
Sebesar anugerahNya, sebesar itu tanggungjawab yang datang bersama. 
Anugerah pinjaman ini, dipinjamkan Penciptanya kepada papamama. 

Doakan supaya, anugerah ini menjadi saham dunia akhirat buat papamama, 
menjadi pencinta semua makhluk bumi,
menjadi penyeru agama lurus ilahi,
menjadi anak yang solehah,
menjadi orang yang memberi manfaat kepada hambaNya yang lain,
menjadi jiran kita semua di Syurga Allah nanti..


_XOXO_
#mamazahra

Wednesday 12 August 2015

Dress Murah | Bridesmaid + Dulang Girls + Baju Tunang

Tercari-cari baju last minute? nak jahit dah tak sempat, nak beli tak jumpa pulak warna tema? Takpe cuba usha kat sini dulu kot-kot ada yang tersangkot. Syukurlah sekarang dah ada on9 membeli-belah. Baju akad nikah, baju raya, baju hantaran semua boleh beli on9. Sya faham sangat 'kesusahan' mencari baju istimewa + warna yang dicari susah nak jumpa.

Jangan risau, stylishca_fashions pakaian yang Sesuai digunakan untuk pelbagai majlis / tujuan seperti:

> Bridesmaid dress
> Dulang  girl dress
> Pengapit
> Baju raya 
> Majlis akikah
> Dress Tunang/Merisik
>>>> Kegunaan Harian @ Bekerja pun Boleh !!!

Yang Penting Harga Insya Allah Mampu Milik dan berkualiti. Sangat murah ok !!! Dengan Pelbagai saiz ...

Jomm layannnn !!!

Elegant Maxi Dress 

Status: Ready Stock 
Weight: 350g 
Price: RM 59.90/1pcs
Promotion price : RM50.00 for 3pcs above

Product Details|
Material: Chiffon + Lace + Satin
Size M: Shoulder 33cm, Sleeves 34cm, Length 157cm, Bust 78cm ~ 92cm, Waist 68cm ~ 80cm
Size L: Shoulder 36cm, Sleeves 35cm, Length 159cm, Bust 84cm ~ 94cm, Waist 72cm ~ 82cm
Size XL: Shoulder 38cm, Sleeves 36cm, Length 160cm, Bust 86cm ~ 98cm, Waist 74cm ~ 86cm
Other: With Inner, With Zip Bac


 SF0031_Blue


 SF0032_Darkpink


 SF0033_Green

 SF0034_Soft pink

 SF0035_Purple



Wednesday 29 July 2015

Pengalaman Kali Pertama Bersalin

Assalamualaikum semua.

Sebelum sya ingat-ingat lupa pengalaman kali pertama bersalin, better sya create entry dekat blog. At least, cerita bersalin ni akan tersimpan dalam blog dan boleh baca semula in future sementara cerita ni still fresh dalam ingatan. Mungkin jugak Shazia Az Zahra boleh baca nanti dia dah besar macammana susah payah mama nak lahirkan dia.

5/5/2015 | Isnin
39 week 1day

Husband sebenarnya berangan sangat nak anak kitaorang bersalin 3 May 2015 sempena anniversary kitaorang. Tapi tunggu punya tunggu tak jugak keluar dan sya memang masa tu tak rase apa-apa pun. Kecewa!!!

Ok nak dijadikan cerita 1st day before the real contraction 4 May 2015, husband duk sibuk usap perut tanya, “anak papa ni, bile nak keluar?? Keluar cepat-cepat k.. papa nak cuti ni!!!”… huuu berangan lagi laki bini ni punya lah excited..

4:30am Contraction Start!!
Kebiasaannya sya memang akan rase nak terkencing time ni.. Tapi kali ini, rasa dia pelik sikit memulas rasa macam nak buang air besar. Ok terus pergi toilet, tapi yang peliknya tak de la pulak keluar apa-apa… ok sambung tidur balik…

5:40am Ok lepas sakit perut tak jadi nak capai hajat tu, sya jadi tidur-tidur ayam jek.. Menunggu apa lah yang akan terjadi lepas ni.. Maklumlah tak pernah bersalin nervous dia lain macam. Ok time ni sakit dia dah pelik sikit, memulas kat pinggang. Sya mula teringat officemate pesan, bila dah rase sakit dan dalam kadar mase yang sekata itu dah tanda nak bersalin. Catat masa kalau boleh untuk reference! Bile dah sakit memulas setiap 10 minit sya terus pergi toilet, ok masa tu dah ada tanda sporting bleeding (Colour coklat). Bile dah consistent rasa sakit, baru sya bagitahu husband….

Pagi tu, sempat jugak sediakan breakfast basuh sidai kain. Saja buat kerja untuk hilangkan rasa sakit. Husband sibuk suruh sya breakfast, so pagi tu sya macam biasa lepas subuh minum sesudu kecil virgin coconut oil (VCO). Yang mana VCO ni membantu mempermudahkan proses kelahiran nanti. Sya beli jenama Tanamera, wangi sangat felt like a walking coconut tree when ever I lather the oil to my body. Sya mula minum VCO start 37 minggu setiap hari selepas subuh. Selain tu, sya makan telur separuh masak untuk tenaga dan macam biasa kurma. Sepanjang trimester terakhir memang sya konsisten makan kurma sampailah sekarang. Dannnnn kalau korang nak tahu husband sya yang terlebih excited suruh sya minum air selusuh yang dia buat!!! Isteri yang taat sangaaaatlah konon, redho jeklah... sya minum setenguk!!! Tapi uols AMARAN keras nak habak mai, JANGAN SESEKALI MINUM AIR SELUSUH dulu kalau sakit sikit-sikit... Nurse dan doctor sangat marah sebab dia akan menyebabkan dua kemungkinan samaada mempermudahkan bersalin ataupun menyekat bukaan dengan erti kata lain memberi kesan untuk proses bersalin. :( Bile dah betul-betul nak meneran baru sya dibenarkan minum.. huuu tersalah step!!! Noted___ 

10:30am SALAM | Sepanjang perjalanan ke SALAM sya awal-awal dah mohon maaf dengan husband.. Maklumlah i ni bukan manusia perfect banyak sangat kekurangan... Huuu touching jugak, rasa nak pergi berjihad!!! sya pernah dengar satu ayat ni bile nak bersalin mintak maaf dengan suami dan bagitahu suami "tolong doakan sayang untuk berjihad lahirkan zuriat kita, maaf segala salah silap"....

Sampai jek kitaorang kat salam terus ke emergency. Ok first time uols menjejak kaki kat labour room seram sejuk kite dibuatnya. Masa tu sya menunggu jek arahan dari nurse nak suruh buat apa. Sya terus masuk labour room untuk check nadi baby dan check bukaan. Tapi hampa baru 1cm dan nurse suruh balik dulu sebab baru buka sikit. So kitaorang berserah dan redho. Tapi yang kelakarnya lagi tak percaya dekat nurse ni, kitaorang pergi check dekat klinik panel yang selalu kitaorang checkup. Ok Dr, check bukaan still same 1-2cm. Maybe first contruction not the real contruction. So terpaksalah balik dulu pasrah!!! Balik jek rumah husband suruh naik turun tangga, ketuk ketampi bajet nak suruh baby cepat keluar. Sya sempat jugak masak kemas apa yang patut, sumpah penat tapi tak mampu nak lelapkan mata.

6:00pm TAMAN REAKRASI ALAM DAMAI | cube korang teka apa laki bini ni buat kat sini.. huuu part ni memang kelakar…. Punyelah nervous nak bersalin dan tak tahu apa nak buat, sya ajak husband jalan-jalan keliling taman. Pergh memang penat gile pusing taman, boleh tahan besar jugak taman tu. Gigih gile kalau diingatkan dengan saratnya pakai seluar tracksuit keliling taman.


6/5/2015 | Selasa
39 week 2day

00:20am  SALAM | Masa ni contraction still 10 minit sekali tapi sakit macam nak tercabut pinggang. So husband ambil keputusan sakit ke tak kite pergi jek lah hospital. Ok sampai jek hospital buat kali ke 2, kami terus ke labor room dan nurse nak check bukaan. Tapi hampa baru 2cm!!! Ya allah sakit nya… Nurse bagitahu keputusan untuk CTG baby ok. So tak perlu risau boleh balik datang esok jek<__>  Perghhh masa nurse bagitahu macam tu, husband memang berkeras tak balik takut jadi pape tak nak menanggung risiko.  Kitaorang ambil keputusan check in mana-mana hotel yang berdekatan dengan SALAM. Penat nak ulang alik dari rumah ke hospital.

Seriously, sya sepanjang malam tu kite memang langsung tak boleh tidur. Sakit dia allah jek yang tahu, sampai husband tak mampu nak buat apa. Dari 10 minit sekali sampailah jadi 5minit sekali. Gigil satu badan, semue aksi la buat. Tarik rambut merangkak gigit baju mandi melentang baring semue tak berkesan. Sakitnye ya allah!! Masa tu, kite just catat mase CONTRACTION kat fon… Bayangkan daripada pukul 12 pagi sampai ke Subuh, Suara sya je berkumandang Sebut "Allah ... Allah..Allah..Allah" dan doa Nabi Yunus. Sambil Pegang besi Katil. Mulut terkumat-Kamit ikut sambil air mata tak henti-henti turun sebab sedih terbayang banyak sangat dosa, setimpal dengan sakit sya tengah alami Masa tu: '(

ADMIT
Venue: Ward bersalin (post-natal), SALAM
Time : 8.30 am 

.....................................................................................................

8.30am SALAM | Sampai jek dekat SALAM terus ke ward bersalin, nanti akan ada sorang nurse yang akan bawak kite ke labour room untuk CTG dan bukaan. Apa yang menarik tentang SALAM sepanjang contraction, sorang jek nurse yang akan check bukaan, test CTG dan melakukan prosedur bersalin. Sya tak sure nurse ataupun bidan. Tapi bagi sya keselesaan ada kat situ, sebab perasaan malu memang ada setiap orang nak-nak lagi bile kene “seluk”.. huuu malu tapi nak tak nak kene jugak hadap!!

Apa itu prosedur bersalin? Ok mula-mula masuk labour room nurse check bukaan dan CTG. Check-check bukaan dah 5cm. Alhamdulillah patutlah sakit yang amat. Result test CTG still ok, so nurse bagitahu boleh suruh masuk labor room. Tapi nurse bagitahu “baby dah berak sikit dalam perut”…  Maybe proses contraction terlampau lama dan membuatkan baby dah dalam keadaan stress. So kene percepatkan proses kelahiran.. Nurse bagi ubat berak untuk clearkan makanan dalam perut dan baju hospital. Tak sampai berapa minit terus berak.. huuu berkesan!! Kemudian, nurse mintak izin untuk pecahkan air ketuban. Ingatkan sakit rupanya tak rase pun. Sakit lagi contraction!! Ok lepas tu, nurse drip ubat untuk merangsang rahim mengecut (contraction) agar proses kelahiran dapat dimulakan. Ya allah masa ni, sakitnya ya allah tak boleh nak digambarkan… Husband mampu bagi semangat dan sempat lagi potongkan kuku bini dia takut tercakar muka dia. Thanks abg sentiasa ada tuk sayang!!!!

1:30pm Labour room | 5jam berlalu!! Ya allah sakitnya, penat tersangat lapar tak payah cakap lah… dari semalam hanya berbekalkan kurma dan air masak jek yang mampu ditelan… rrrrr rasanya sampai keluar bilik labour room dengar suara sya menjerit sakit… “nurse sakittttt!” masa tu lah teringat ma abah. Sakit ma!!! Husband kat sebelah usap rambut,tolong pegang alat bernafas untuk kurangkan sakit dan bagi air selusuh pun dah tak rase dan tak membantu dah… fikir nak keluarkan anak jek..

Doktor Siti Mariam dah get ready! Akhirnya ya allah… masa ni sya dengar suara sayup-sayup jek sebab terlampau kepenatan menanggung kesakitan. Sya hanya dengar “Puan teran puan!! Cepat puan kesian anak”, sedihnye bile ingat balik. Masalahnye sya dah hilang tenaga dan tak pandai teknik nak meneran. Banyak kali jugak cubaan untuk meneran dan tak berjaya. Sebenarnya teknik meneran yang betul semasa proses kelahiran sangat penting supaya perineum tak terkoyak besar.

2:06pm Labour Room | Alhamdulillah kedengaran suara bayi sayup jek sya dengar.. Lega ya allah satu perasaan yang tak mampu dibeli dan diungkapkan.. Ya allah anugerah terindah kurnianmu 39 minggu aku tunggu penuh sabar akhirnya!!! Honestly kesakitan yang sya alami tadi bagai nak tercabut nyawa hilang sehinggakan Doctor jahit perineum pun sya dah tak rase… apa yang doctor sembang dengan husband pun sya tak dengar.. Thanks ALLAH…

p/s: Syukur ya allah kau pilih aku untuk merasa kesakitan dan perasaan yang indah melahirkan zuriatku.. entry yang sya tulis ni untuk tatapan #shaziaazzahra bila awak besar nanti.. dan percayalah semua orang akan rasa kesakitan yang berbeza.. Dan yang paling penting beruntunglah kaum wanita pahala jihad lahirkan zuriat kita ibarat pahala sahid.. Lagi sekali syukur sangat dapat rasa kesakitan itu dan mampu lahirkan zuriat normal..

X0X0
❤ Alhamdulillah #thanksallah 

Wednesday 22 April 2015

Nasi Goreng Ketam semudah ABC


Nasi goreng ketam!!!! wowww memang semudah ABC... Sesapa yang jenis spesis sya nak cepat jek janji sedap boleh try resepi ni kat rumah. Actually resepi ni sya main campak jek sebab my husband tak kesudah duk request. So layankan jek rupenye memang best boleh buat lagi... Rase ketam dia perghhhhh marvelous!!!

Ok cerita banyak pun tak gunakan, huuu nak tulis panjang-panjang pun malas... sebab senang sangat mesti korang rase kacang jek kan.. heee

Masa:
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan

Bahan-Bahan:
1 ekor ketam segar
1 biji telur
3 biji bawang putih
1 sudu kecil kicap
Sedikit lada sulah
Sedikit minyak masak
Sedikit kunyit
Sedikit garam
Carrot @ sayur lain ikut citarasa

Bahan untuk sos kicap:
5 biji cili api
2 biji bawang merah
2 sudu besar kicap masin

Cara Penyediaan:

1) Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang diasingkan isinya nanti.
2) Gaulkan ketam dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ketam tadi hingga masak. Kemudian sejuk dan asingkan isinya tadi.
3) Bawang putih dicincang halus. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang putih yang telah dicincang tadi. Tunggu hingga sedikit kekuningan dan masukkan telur dan isi ketam tadi.
4) Kemudian masukkan sedikit lada sulah. Kacau hingga sebati dan masukkan nasi putih dan kicap. 
5) Akhir sekali masukkan sayur tambahan, sya guna carrot. Kacau hingga sebati dan korang jangan lupa masukkan sedikit garam secukup rasa.

Sedia di hidangkan
Apa lagi.. jom kita makan!

X0X0
#ssrecipe




DIY SET TILAM BABY

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berjaya jugak cita-cita diy set tilam my baby. Insyaallah :) 

 Ok ni lah hasilnya!!! yeayyyy

Sya diy tilam baby ni masa 28weeks, time tu still aktif lagi.. Actually memang dah plan nak diy sendiri dan sangat gigih ok buat research kat pakcik google macam mana nak buat... Ok jom tengok step by step camne sya diy.

  Tu dia ni namanya kekabu yer mummies!!! hee.. ok sya beli ni time on the way balik rumah mak mentua betul-betul lepas exit PLUS (Simpang Ampat).. Kalau korang perasan banyak sangat kedai jual kekabu area situ dan yang paling best boleh tawar-tawar harga...  Ok untuk dapatkan 1 set tilam baby dan bantal sya perlukan dalam 3kg.

Ok step pertama korang kena tahu dulu design tilam yang korang nak buat. Sya pilih untuk buat bentuk kelambu ni.. So nak muat-muat jek kat kelambu ni. Kelambu ni sya beli brand baby love, sangat-sangat dan tersangat puashati sebab design dia takde lah terlampau kecil. Dan yang paling penting boleh dilipat jadi kecik gile macam kertas uols.. huuu so senang if korang nak travel!

Ok mommies inilah hasilnya!!! Lepas siap jek korang ukur size tilam yang korang nak.. Baru boleh gunting kain then jahit. Sya guna cotton plain jek colour putih. Dah siap jahit baru korang boleh masukkan kekabu dan penuhkan sarung yang dah jahit. Ok perlu diingatkan korang kene tikam tilam ni tau.. Guna jarum yang besar untuk tikam tilam ni. 

Dah siap buat tilam dan bantal, korang beli kain untuk buat sarungnya k. Sya sarankan korang pilih material kain cotton sebab dia tak panas sesuai untuk baby. Kalau korang nak lagi ok beli cotton flannel sure tak panas. Sangat sesuai untuk baby!!!


~Ok selamat mencuba ok~


X0X0
#ssbaby

Sunday 12 April 2015

List keperluan baby (newborn) dan ibu

Assalamualaikum… 

Lumrahlah untuk mummy to be macam sya ni bile tanya soal keperluan baby menjadi satu keterujaan yang melampau. Yelaaaa, dulu selalu tengok mummy to be yang lain busy update checklist keperluan baby. Tapi masa tu baca pon gitu-gitu je sebab belum sampai masanya lagi nak beli. Haaaa sekarang ni, gigih buat checklist nak beli ape laaa tu laaa. Pening rupa-rupanya @__@ Nak-nak ni adalah 1st pengalaman mengandung dan 1st baby. Haruslah excited dan haruslah semua barang-barang baruuu.hihi.  

Sebenarnya agak pening dan blurrrr gile mula-mula buat research kat pakcik google. Banyak benda baru dan tak tahu. Tambah lak En. Husband memang jenis yang particular semua benda nak details.. hmmm pengsan!!! Kadang boleh jadi isu panas bab keperluan baby walhal tak de pape pun.. huuu semua nak teruja :)

So, seperti yang dijanjikan, inilah antara barang-barang keperluan yang sya refer dekat blog-blog mummy to be yang lain. Copy paste terus kt blog diorang untuk buat refer. Korang nak refer pon takde hal.Yang penting ingat satu je, beli ikut keperluan bukan kehendak ok!!!!



KEPERLUAN BABY

✎ Pakaian 
1) Baju siang dan harian:
    Set baju & seluar lengan pendek | Baju lubang-lubang | Dress *untuk baby gugurl* 
2) Baju Malam:
    Set baju & seluar lengan panjang | Sweater *Depends kat koranglah.. ada bajet boleh beli..* 
3) Rompers & Jumpsuit
4) Mittens & Booties
5) Sapu tangan / Tuala kecil
    Beli yang 100% cotton supaya kulit baby tidak melecet..
6) Barut
   Yang ni memang penting untuk baby. Sya DIY jek sebab nak beli mahal jugak normal (RM5-7.50/pcs) .. Ops lupa nak habak mai, barut untuk baby ada 2 size tau. Yang kecik untuk newborn, biase gune sekejap jek dan satu lagi yang normal orang jual. Takut karang besar sangat rimas lak baby.
7) Topi 
     Yang ni buat syarat jek tak beli banyak pun...
8) Baby bips
  Mula-mula rasa macam taknak beli, tapi tengok ada baby yang minum pakai botol dan susu meleleh2 kene baju..jadi terus rasa tu salah satu keperluan jugak kot.. Tapi sya DIY jek jimat!!!
9) Bedung
   Yang ni pun sya DIY jek.. beli kain gunting jahit tepi jek, kalau boleh beli kain cotton flanel lembut sikit.. 

✎ Diapering
1) Napkin / Kain Lampin
    Sya beli 1 pack jek untuk standby. Kalau pakai pun untuk bedung baby jek.
2) Lampin pakai buang / Diapers
   Yang ni baru beli 1 pack brand Huggies. Takut nak beli banyak takut tak sesuai dengan baby, so nanti baru beli lagi... 
3) Baby wipes
4) Changing mat
   Untuk lapik kat tilam baby supaya tilam tak mudah kotor bila baby u'uk atau tetiba terkencing masa bukak baju dia.
5) Nappy Liners
   Baby yang baru lahir sampai umur 1 bulan akan selalu u'uk, u'uknya pun bukan banyak, sikit je. Jadinya kalau guna nappy liner ni, bila baby u'uk buangkan je nappy liner ni, tak perlu tukar pampers baru.
6) Detergent khas untuk baby
7) Botol Sembur 
8) Baldi dan bakul untuk Lampin/Baju kotor

✎ Baby Care & Grooming
1) Baby bath
2) Baby powder
3) Baby lotion
4) Baby oil
5) Minyak telon
6) Vicks 
7) Methylated Spirit 
   Alcohol 70% : cuci pusat sebelum tertanggal. Kebiasaannya yang ini dibekalkan oleh hospital. *sya tak beli pun just listkan kot korang nak beli*
8) Baby healthcare & grooming kit
    Yang ni sya beli set Tommee Tippee, terperdaya time pegi expo.. Not bad jugak set ni memang dah complete set (Digital oral thermometer, toothbrush, brush and comb, scissors, nail clippers, 2 x emery boards and a nasal aspirator) dan paling penting dah siap ada bag comel jek...
9) Cotton bud
10) Cotton ball
11) Travel kit 
      Korang boleh jugak beli travel kit untuk keperluan nak pegi hospital time nak bersalin nanti. So tak payah nak bawak baby bath, powder, lotion besar dapakkan... Sya beli mini set Gohnsons Baby jek dekat manjaku.

✎ Barangan Breastfeeding
1) Breast Pump
    Ok yang ni sya beli time expo, murah jugak nak compare dengan harga online market or butik market. So korang pandai-pandailah usha harga dan quality. Bagusnya korang beli yang set dah siap complete dengan cooler bag, storage bottle dan ice cold.. Senang dah tak payah pening.
2) Botol Susu
   Yang ni sya beli Tommee Tippee untuk new born. Untuk brand ni, ada set kalau nak jimat beli time expo. Biase dia akan buat promotion yang gile-gile nye. 
3) Puting 
   Sya tak beli pun sebab ingat tak nak ajar baby hisap puting.. So tengok jek la nanti baby macam mane.. 
Note : Rujukan untuk puting botol susu:
Size s – 0 – 3 bulan
Size m – 3 – 6 bulan
Size l – 6 – 12 bulan
Size xl – 12 bulan ke atas
Puting x – 6 bulan ke atas (tak tumpah)

4) Berus pembersih botol
5) Drying Rack
6) Cecair pencuci botol
7) Warmer
8) Bottle Sterilizer
9) Storage Bottle
10) Nursing Cover
11) Thermos

✎ Nursing - Keperluan Tidur Baby 
1) Baby cot / Play pen
2) Set tilam
3) Mosquito Net
4) Blanket
5) Comforter

✎ Bathing
1) Tuala Baby
2) Baby tub 


KEPERLUAN BERPANTANG & MUMMY
1) Set lepas bersalin
  Untuk set bersalin ni, sya beli lose item.. Ada brand tanamera dan nona roguy.. Korang boleh buat research dulu sebelum beli. Ukur baju dibadan sendiri ok!!! Tak perlu membazir... 
2) Bengkung
3) Tungku
4) Kain Batik
5) Maternity Pad
6) Nursing Pad
7) Breast Pad
8) Stokin
9) Tukang Urut
10) Air zam-zam | Air selusuh | Kurma

EXTRA
1) Stroller
2) Car Seat
3) Diapers Bag
4) Penyangkut baju berklip
5) Almari laci baby

Ok done!!! so ni jek lah antara senarai barang yang sempat sya listkan.. Korang nak refer pun tak de hal.. Mane-mane yang tak cukup korang boleh tambah sediri k.. 

~Ok untuk mummy to be, ingat jangan membazir..huuuu~

X0X0
#ssbaby

~

Tuesday 17 February 2015

Amalan Ibu Mengandung


Assalamualaikum..
Khas bagi bakal-bakal mummy dan yang nak berumahtangga.. Saja nak share note yang sempat tulis dari Dato 'Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Menurut al-Quran, sunah & PENGALAMAN. 

Peringkat Sebelum mengandung:
1)      Pilihan pasangan yang baik.
Sebelum berkahwin pastikan bakal pasangan mempunyai lakar belakang yang baik.
Suruh yusuf ayat 4 (supaya Allah kurniakan jodoh yang baik)
2)      Baca doa sebelum melakukan hubungan intim bersama suami isteri.

Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya sentiasa dijauhkan daripada godaan syaitan dan dikurniakan zuriat yang baik.

Peringkat semasa mengandung
1)      Ibubapa jangan kerap bergaduh!
“melahirkan zuriat yang panas baran”
2)      Ibubapa yang suka bersedekah
-          Zuriat jadi pemurah, lembut hati
3)      Ibubapa yang mengidam benda pelik memberi petunjuk akhlak yang tidak elok.
4)      Ibubapa yang jaga solat
-          Mudah dapat hidayah
Ibubapa curang
-          Zuriat suka melakukan maksiat

15 Amalan kerohanian anak dalam kandungan
1)      Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t
2)      Banyak berdoa kepada Allah s.w.t
-          13 doa
3)      Rajin puasa sunat. (peranan suami!!!)
4)      Rajin solat wajib dan solat sunat.
-          Jemaah bersama!
5)      Ibubapa Banyakkan berzikir
-          Zuriat kuat fizikal dan rohani
6)      Banyakkan membaca al-quran
7)      Membaca buku ilmiah
-          Kisah nabi
8)      Berbual dengan anak yang berada di dalam kandungan
-          Sentuhan kasih sayang.. (bergerak)
9)      Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman
-          Permudahkan proses kelahiran anak.
-          Suami kene mainkan peranan membantu isteri
10)   Tidak terlalu tertekan dan stress
11)   Menjaga adab dan emosi
-          Adab dengan suami isteri (cakap lemah lembut/ hormat pasangan/hargai isteri)
12)   Makan makanan yang baik
13)   Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
14)   Rajin ukirkan senyuman
15)   Rajin hadiri majlis ilmu
-          Zuriat yang soleh dan solehah


Perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika mengandung
1)      Elakkan mengidan makanna yang tidak baik
2)      Elakkan makan dan minum makanan yang haram
-          Zuriat akan gemar melakukan maksiat
3)      Elakkan makan makanan yang berbisa
4)      Suami elakkan isteri susah hati
-          Emosi anak terganggu
5)      Elakkan penampilan yang tidak menarik depan suami
6)      Elakkan maksiat terhadap Allah s.w.t
-          Jaga pergaulan
7)      Elakkan percakapan yang tidak baik
8)      Jauhi membuka aurat
9)      Jauhi amalan khurafat
10)   Tidak bertekan dan stress

Perkara-perkara yang perlu dilakukan saat kelahiran anak
1)      Kewangan
2)      Kesihatan dan fizikal
3)      Jangan bebankan kerja terlampau berat / cuti mohon awal
4)      Jangan tidur banyak susah untuk proses kehamilan
5)      Sediakan peralatan ibu dan anak
6)      Pilih hospital untuk bersalin
7)      Perlu ada perbincangan dengan keluarga
-          Pantang dekat mana?

Peringkat selepas kelahiran anak
1)      Bersyukur kepada Allah s.w.t
-          Hebahkan kepada keluarga/jiran/sahabat
2)      Azan di teliga kanan dan iqamah di teliga kiri bayi
-          Zuriat dijauhkan tiupan syaitan
3)      Mendoakan dan membacakan surah-surah tertentu
4)      Ibu hendaklah menyusukan anak semenjak anak dilahirkan
-          Surah Al-Hujurat (untuk susu yang banyak)
5)      Mentahniqkan bayi *belah mulut*
-          Menyunyah kurma  *sebaiknya dilakukan oleh yang soleh*
Cara-caranya > ibubapa kunyah kurma dan gosokkan lelangit bayi. } untuk otak anak
6)      Menamakan bayi
-          Hari yang ke-7
7)      Mencukur rambut bayi
-          Hari ke-7
-          Bila cukur rambut > rambut ditimbang dan disunatkan bersedekah emas dan perak @ duit untuk fakir miskin.
-          Faedahnya (tanda kesyukuran/ percepatkan proses rambut anak/ member daya penglihatan derai dan sebangainya
-          Cara cukur rasullah tegah (tak boleh gunting jek kena cukur sepenuhnya)
8)      Melakukan aqiqah
-          Anak lelaki (2 ekor kambing) / anak perempuan (1 ekor kambing)
9)      Melakukan khitan *berkhatan*
-          Anak perempuan (buat senyap-senyap – hari ke-7/40)
10)   Mendidik anak untuk beriman dan berakhlak baik


p/s:
Suami hargai isteri selepas kelahiran **bagi hadiah/berterima kasih kepada isteri lahirkan dan bertarung nyawa*
Isteri jaga kesihatan dan pantang dengan betul