Pages

Tuesday, 8 September 2015

DIY BARUT BAYI

Assalamualaikum..

Barut bayi merupakan antara persediaan penting bagi sesetengah ibu yang baru melahirkan anak. Dikatakan dengan memakaikan barut pada anak boleh mengelakkan kembung perut. Sejauh mana kebenaran sya sendiri tidak tahu kesohehannya. 


Kepentingan kegunaan barut bayi
Dapat mengelakkan bayi baru lahir daripada kembung perut dan rasa tidak selesa terutama ketika tidur.Perut tidak buncit bila bayi ini meningkat usianya terutama pada bayi yang kuat menyusu.
Ini adalah antara hasil jahitan #diy barut bayi yang sya hasilkan.

Kalau dahulu kala, barut hanya dijahit sendiri, tiada di pasaran dan hanya berwarna putih. Tapi kini dengan inovasi dan rekacipta maka wujudlah rekaan barut yang pelbagai corak dan warna serta dapat menceriakan bayi. Selain itu jugak pemilihan kain sangat penting bagi keselesaan bayi. Kebiasaan untuk barut bayi ibu-ibu menggunakan kain cotton ataupun cotton flannel. Dan sya memilih cotton flannel, keistimewaan barut yang menggunakan kain cotton flannel yang lembut dan tidak sensitif pada kulit bayi. Tidak terlalu tebal dan panas. Sangat mudah dan selesa dipakai pada bayi

Peralatan yang diperlukan untuk membuat barut bayi

Simplekan peralatan yang digunakan!!!


Jenis dan saiz barut bayi
Kebanyakan barut yang dijual di pasaran adalah satu size "free size". So sya decide untuk #diybarutbayi sediri. Sya buat dua size, untuk pengunaan (newborn - 1month) dan (1 month - 2month). 

Kenapa perlu size yang berlainan?
Atas nasihat kakak dan kakak ipar tersayang, diaorang banyak nasihatkan buat dua size, sebab bayi yang keluar nanti size dia agak kecik. Bila pakai yang free size sangat besar untuk bayi nampak tak selesa. So sya kecilkan size barut, boleh pakai sampai zahra 1 bulan.

Jenis barut bayi?
Ok barut bayi, sya buat 2 jenis, yang bertali dan berpelekat (zap). Bagi sya berpelekat lagi senang nak jika dibandingkan dengan barut bertali. Lebih mudah bagi ibu-ibu yang nak cepat macam sya. huuu

Tempoh pemakaian barut pada bayi  
Sya tak berapa sure dengan tempoh pemakaian bayi ini. Kebiasaannya barut ini dipakaikan pada bayi dari usia sehari sehingga 4 bulan. Tapi sya hanya pakaikan zahra seusia zahra sehari hingga 2 bulan sahaja.. huuu.. kesian dia nampak tak selesa :(


p/s: kepada ibu-ibu yang ingin menempah barut bayi yang cantik, murah dan mengikut citarasa anda just click here!!



No comments:

Post a Comment