Pages

Tuesday, 15 December 2015

Bayview Beach Resort | Batu Feringgi

Assalamualaikum..

Percutian yang dah basi!! Tapi nak jugak share dengan korang yang mane masih dalam mood nak bercuti sempena cuti sekolah.. Al-kisahnya kami sekeluarga attend satu majlis kahwin "anak angkat mak mertua" dekat Teluk Batik.. So alang-alang menyinggahlah ke Pulau Pinang!! wowww bab unplanned ni memang en husband orang yang pakar....

Sepanjang perjalanan dari Teluk Batik ke Pulau Pinang, anak dara syok sungguh beradu.. Sempat jugak bagi chance dekat mama papa review dekat mana nak bermalam.. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Terdapat banyak hotel dan rumah tumpangan sepanjang jalan ke Batu Feringgi daripada yang bajet hinggalah yang mewah. Semua ada!!!

Kami memilih untuk menginap di Bayview Beach Resort Hotel yang mana bersebelahan Hard Rock Hotel. 

Hotel front view_cantikkan




Bilik yang kami menginap, sangat selesa dan paling best permandangan sangat cantik. Boleh dengar ombak dan swimming pool sangat menenangkan..



Cantikkan permandangan dari balkoni ni, so korang rugi kalau tak singgah kat sini tau..


Ini antara aktiviti yang kita boleh buat kat hotel ni.. Anyway ini first time sya naik kuda, takut jugak.. Tapi ada en husband jadi berani tetibe.. huu cewah drama sangat!!! 

Part ni paling best, #shaziaazzahra first time swimming!! Good job darling, huu budak suka air ni redho jek la papa mama campak dia dalam air.. Honestly memang best bagi korang yang nak bawak anak-anak bercuti dan menginap di hotel ni.

Untuk breakfast macam biasa, sya tak sempat nak amik gambar!! kebuluran..  I bagi 


_selamat bercuti di Batu Feringgi_
Overall nice!!!