Pages

Friday, 13 November 2015

Janda Baik Lokasi Menarik Bercuti | D'ARK RESORT

Assalamualaikum..

Pada 5 September 2015,  kami sekeluarga singgah rehatkan diri dekat D'Ark Resort di Janda Baik, Pahang. Sejujurnya ini adalah kali pertama sya pergi ke Janda Baik, Pahang. Walaupun dah 6 tahun duk ulang alik balik kampung. 

Sebenarnya memang tak plan lansung nak pergi Janda Baik. Al-kisahnya, last week kami sekeluarga balik terengganu untuk hantar parents sya pergi menunaikan haji. Kami sekeluarga balik sekejap jek, memang tak plan nak pergi bercuti pun. Bertolak dari KL hari jumaat dab balik sini selepas hantar ma abah hari sabtu.. gigihhh!!! Thanks husband...

Dalam perjalanan balik, husband tanya "kita singgah gambang nak sayang??"... huu apa lagi berbunga-bunga hati si isteri ni, terus tak ngantuk.. Sepanjang perjalanan sya duk search nak pergi mana. Gambang Water Park macam tak sesuai untuk kami yang ada anak kecil, kesian dekat Zahra. Cherating??? pun best, tapi husband tak nak pergi tempat panas.. So kami decide search pasal Janda Baik.. 

Banyak jugak review hotel, resort dan chalet dekat Janda Baik.. Rupanya banyak sangat pilihan, agak rambang mata nak pilih. So kami decide untuk tinjau dulu dekat Janda Baik, tengok keadaan macammana baru choose mane satu.

Basically jalan ke Janda Baik, agak mudah jika nak dibandingkan nak ke Bukit Tinggi cuma jalan ke sana agak sempit sedikit. Sampai jek sana kami tinjau dulu kawasan, singgah tengok resort, hotel dan chalet. Menarik!!! Cherangin Hotel dan D'Ark Resort jadi pilihan. Husband pilih nak stay dekat D'Ark Resort sebab suasana tenang dan dekat dengan sungai. Nak di comparekan dengan Cherangin Hotel lebih kepada view yang cantik dan agak jauh dengan sungai . Tapiii nak dijadikan cerita masa kitorang nak check-in hanya tinggal appartment suite (2 bedroom). So nak tak nak kitaorang decide stay jek.


Cantikkan - ni lobby tempat nak check-in.. Dari pintu pagar memang dah tersergam indah nampak so klasik dan tradisional. 

Yang ni bilik yang betul-betul berhadapan lobby.. semua dah full!!! cantikkan.. 

Ni kat luar lobby.. sambil-sambil tunggu en husband uruskan apa yang patut sempat gak snap.. 

D'ark resort janda baik ni, sangat sesuai bagi mereka yang nak buat family day, team building sebab kawasan resort sangat best. Ada padang bersebelahan resort, tempat bbq, laman kecil dihadapan bilik, dewan dan yang paling BEST berdekatan dengan anak sungai yang sangat cantik....

Sebelum itu, jom tengok bilik yang ktorang duduk.. kot korang berkenan bolehlah singgah hujung minggu!! huu

Laluan ke bilik kami, memang banyak sangat pokok. Siap ada pokok hutan yang dah bertahun lamenye tau!! Memang diorang simpan. teruja kejap!!


Ok inilah dia (Apartment suite) - Rafflesia..

Bukak jek pintu sangat teruja... Ini ruang tamu , ada sofa meja makan dan kerusi rehat.. sangat sesuai untuk lepak-lepak dengan family.. 

Master bedroom _ dalam bilik ni ada 1 queen dan 1 single bed + table tea!!


2nd room - 2 single bed

Balkoni - woww part ni paling best.. ada balkoni yang sangat sesuai untuk lepak dengan family.. 

cantikkan view kat balkoni ni.. korang boleh sentuh pokok-pokok hutan dari balkoni ni tau!! jakun kejap.. 

Petang tu tak de buat pape.. Layan mengopi dan buah rambutan yang ma bekalkan dari kampung dengan en husband.. huu barulah rare!! kihkihkih.. suasana kampung sangat.. i like it!!!

Ehhh tetibe ada makshu!!! sonoknyeee.... huuu alkisahnye... kitaorang 3 beranak kebosanan duk bertiga dengan apartment yang besar tu.. macam scary jek!!! so call family mentue ajak join... Ramai orang barulah meriah...

Inilah anak sungai yang berdekatan D'ark Resort.. Cantikkan!! Air sungai sangat sejuk dan suasana memang best..

Potret family -- abaikan muka bangun tidur.. Shazia az zahra langsung tak pandang camera, teruja tengok air mengalir... 

woww sonoknye... ibu + kakakareessa + makteh + papa & mama
"nanti kite datang lagi k!!!"

kat sini pun ada ATV tau.. RM10 untuk dua pusingan (pusingannya takdelah besar pun cukuplah untuk yang nak merasa bawak ATV).. yang kelakar budak baju hijau tu terlanggar pokok!!! kihkih.. Korang yang berminat boleh jugak sewa ATV tu untuk pusing kampung janda baik ni, tak silap sya RM60.. Memang best pada yang berminat jangan lepaskan peluang... Mana yang datang untuk family day boleh buat trip satu family pusing kampung.. Mesti syok!!!

Ok dah penat balik siap-siap nak check-out.. Keseluruhan trip unplanned ni sangat best!!! Tapi korang perasan tak sya terSKIP part breakfast.. Actually breakfast yang dyorang sediakan not bad!! Ada nasi lemak + mie hoon + kuih -muih + orange jus + teh o panas.. ok lah untuk alas perut.. 

Bagi korang yang berminat untuk bercuti kat D'ark Resort Janda Baik boleh tengok details KAT SINI!!  



XOXO
#mamazahra

Thursday, 12 November 2015

Shazia Az Zahra | 4 months update


Weight : 6.4kg
Diapers : size M
I LOVE eat, i love play with my hand..

*20150906 | 4 months
-----------------------------------------------------------------------------------------

> Berat badan zahra makin bertambah.
> Zahra boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran, suara dan juga ekspresi muka papa mama nenek dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya.
> Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut.