Assalamualaikum semua.
Sebelum sya ingat-ingat lupa pengalaman kali pertama
bersalin, better sya create entry dekat blog. At least, cerita bersalin ni akan
tersimpan dalam blog dan boleh baca semula in future sementara cerita ni still
fresh dalam ingatan. Mungkin jugak Shazia Az Zahra boleh baca nanti dia dah besar
macammana susah payah mama nak lahirkan dia.
5/5/2015 |
Isnin
39 week 1day
Husband sebenarnya berangan sangat nak anak kitaorang
bersalin 3 May 2015 sempena anniversary kitaorang. Tapi tunggu punya tunggu tak
jugak keluar dan sya memang masa tu tak rase apa-apa pun. Kecewa!!!
Ok nak dijadikan cerita 1st day before the real contraction
4 May 2015, husband duk sibuk usap perut tanya, “anak papa ni, bile nak keluar??
Keluar cepat-cepat k.. papa nak cuti ni!!!”… huuu berangan lagi laki
bini ni punya lah excited..
4:30am Contraction Start!!
Kebiasaannya sya memang akan rase nak terkencing time
ni.. Tapi kali ini, rasa dia pelik sikit memulas rasa macam nak buang air
besar. Ok terus pergi toilet, tapi yang peliknya tak de la pulak keluar
apa-apa… ok sambung tidur balik…
5:40am Ok lepas sakit perut tak jadi nak capai hajat tu,
sya jadi tidur-tidur ayam jek.. Menunggu apa lah yang akan terjadi lepas ni..
Maklumlah tak pernah bersalin nervous dia lain macam. Ok time ni sakit dia dah
pelik sikit, memulas kat pinggang. Sya mula teringat officemate pesan, bila dah
rase sakit dan dalam kadar mase yang sekata itu dah tanda nak bersalin. Catat masa
kalau boleh untuk reference! Bile dah sakit memulas setiap 10 minit sya terus
pergi toilet, ok masa tu dah ada tanda sporting bleeding (Colour coklat). Bile
dah consistent rasa sakit, baru sya bagitahu husband….
Pagi tu, sempat jugak sediakan breakfast basuh sidai kain. Saja buat kerja untuk hilangkan rasa sakit. Husband sibuk suruh sya breakfast, so pagi tu sya macam biasa lepas subuh minum sesudu kecil virgin coconut oil (VCO). Yang mana VCO ni membantu mempermudahkan proses kelahiran nanti. Sya beli jenama Tanamera, wangi sangat felt like a walking coconut tree when ever I lather the oil to my body. Sya mula minum VCO start 37 minggu setiap hari selepas subuh. Selain tu, sya makan telur separuh masak untuk tenaga dan macam biasa kurma. Sepanjang trimester terakhir memang sya konsisten makan kurma sampailah sekarang. Dannnnn kalau korang nak tahu husband sya yang terlebih excited suruh sya minum air selusuh yang dia buat!!! Isteri yang taat sangaaaatlah konon, redho jeklah... sya minum setenguk!!! Tapi uols AMARAN keras nak habak mai, JANGAN SESEKALI MINUM AIR SELUSUH dulu kalau sakit sikit-sikit... Nurse dan doctor sangat marah sebab dia akan menyebabkan dua kemungkinan samaada mempermudahkan bersalin ataupun menyekat bukaan dengan erti kata lain memberi kesan untuk proses bersalin. :( Bile dah betul-betul nak meneran baru sya dibenarkan minum.. huuu tersalah step!!! Noted___
10:30am SALAM | Sepanjang perjalanan ke SALAM sya awal-awal dah mohon maaf dengan husband.. Maklumlah i ni bukan manusia perfect banyak sangat kekurangan... Huuu touching jugak, rasa nak pergi berjihad!!! sya pernah dengar satu ayat ni bile nak bersalin mintak maaf dengan suami dan bagitahu suami "tolong doakan sayang untuk berjihad lahirkan zuriat kita, maaf segala salah silap"....
Sampai jek kitaorang kat salam terus ke
emergency. Ok first time uols menjejak kaki kat labour room seram sejuk kite
dibuatnya. Masa tu sya menunggu jek arahan dari nurse nak suruh buat apa. Sya
terus masuk labour room untuk check nadi baby dan check bukaan. Tapi hampa baru
1cm dan nurse suruh balik dulu sebab baru buka sikit. So kitaorang berserah dan redho. Tapi yang
kelakarnya lagi tak percaya dekat nurse ni, kitaorang pergi check dekat klinik
panel yang selalu kitaorang checkup. Ok Dr, check bukaan still same 1-2cm. Maybe
first contruction not the real contruction. So terpaksalah balik dulu pasrah!!!
Balik jek rumah husband suruh naik turun tangga, ketuk ketampi bajet nak suruh
baby cepat keluar. Sya sempat jugak masak kemas apa yang patut, sumpah penat
tapi tak mampu nak lelapkan mata.
6:00pm TAMAN REAKRASI ALAM DAMAI | cube korang teka apa laki
bini ni buat kat sini.. huuu part ni memang kelakar…. Punyelah nervous nak
bersalin dan tak tahu apa nak buat, sya ajak husband jalan-jalan keliling
taman. Pergh memang penat gile pusing taman, boleh tahan besar jugak taman tu.
Gigih gile kalau diingatkan dengan saratnya pakai seluar tracksuit keliling
taman.
6/5/2015 |
Selasa
39 week 2day
00:20am SALAM | Masa ni contraction still 10 minit
sekali tapi sakit macam nak tercabut pinggang. So husband ambil keputusan sakit
ke tak kite pergi jek lah hospital. Ok sampai jek hospital buat kali ke 2, kami
terus ke labor room dan nurse nak check bukaan. Tapi hampa baru 2cm!!! Ya allah
sakit nya… Nurse bagitahu keputusan untuk CTG baby ok. So tak perlu risau boleh
balik datang esok jek<__> Perghhh
masa nurse bagitahu macam tu, husband memang berkeras tak balik takut jadi pape
tak nak menanggung risiko. Kitaorang
ambil keputusan check in mana-mana hotel yang berdekatan dengan SALAM. Penat nak
ulang alik dari rumah ke hospital.
Seriously, sya sepanjang malam tu kite memang langsung tak
boleh tidur. Sakit dia allah jek yang tahu, sampai husband tak mampu nak buat
apa. Dari 10 minit sekali sampailah jadi 5minit sekali. Gigil satu badan, semue
aksi la buat. Tarik rambut merangkak gigit baju mandi melentang baring semue tak berkesan. Sakitnye ya allah!! Masa tu, kite just catat mase CONTRACTION kat
fon… Bayangkan daripada pukul 12 pagi sampai ke Subuh, Suara sya je berkumandang
Sebut "Allah ... Allah..Allah..Allah" dan doa Nabi Yunus. Sambil
Pegang besi Katil. Mulut terkumat-Kamit ikut sambil air mata tak
henti-henti turun sebab sedih terbayang banyak sangat dosa, setimpal dengan
sakit sya tengah alami Masa tu: '(
ADMIT
Venue: Ward bersalin (post-natal), SALAM
Time : 8.30 am
.....................................................................................................
8.30am SALAM |
Sampai jek dekat SALAM terus ke ward bersalin, nanti akan ada sorang nurse yang
akan bawak kite ke labour room untuk CTG dan bukaan. Apa yang menarik tentang
SALAM sepanjang contraction, sorang jek nurse yang akan check bukaan, test CTG
dan melakukan prosedur bersalin. Sya tak sure nurse ataupun bidan. Tapi bagi
sya keselesaan ada kat situ, sebab perasaan malu memang ada setiap orang
nak-nak lagi bile kene “seluk”.. huuu malu tapi nak tak nak kene jugak hadap!!
Apa itu prosedur bersalin? Ok mula-mula masuk labour room
nurse check bukaan dan CTG. Check-check bukaan dah 5cm. Alhamdulillah patutlah
sakit yang amat. Result test CTG still ok, so nurse bagitahu boleh suruh masuk
labor room. Tapi nurse bagitahu “baby dah berak sikit dalam perut”… Maybe proses contraction terlampau lama dan
membuatkan baby dah dalam keadaan stress. So kene percepatkan proses
kelahiran.. Nurse bagi ubat berak untuk clearkan makanan dalam perut dan baju
hospital. Tak sampai berapa minit terus berak.. huuu berkesan!! Kemudian, nurse
mintak izin untuk pecahkan air ketuban. Ingatkan sakit rupanya tak rase pun.
Sakit lagi contraction!! Ok lepas tu, nurse drip ubat untuk merangsang rahim
mengecut (contraction) agar proses kelahiran dapat dimulakan. Ya allah masa ni,
sakitnya ya allah tak boleh nak digambarkan… Husband mampu bagi semangat dan
sempat lagi potongkan kuku bini dia takut tercakar muka dia. Thanks abg
sentiasa ada tuk sayang!!!!
1:30pm Labour room | 5jam berlalu!! Ya allah sakitnya,
penat tersangat lapar tak payah cakap lah… dari semalam hanya berbekalkan kurma
dan air masak jek yang mampu ditelan… rrrrr rasanya sampai keluar bilik labour
room dengar suara sya menjerit sakit… “nurse sakittttt!” masa tu lah teringat
ma abah. Sakit ma!!! Husband kat sebelah usap rambut,tolong pegang alat
bernafas untuk kurangkan sakit dan bagi air selusuh pun dah tak rase dan tak membantu dah… fikir nak
keluarkan anak jek..
Doktor Siti Mariam dah get ready! Akhirnya ya allah… masa
ni sya dengar suara sayup-sayup jek sebab terlampau kepenatan menanggung
kesakitan. Sya hanya dengar “Puan teran puan!! Cepat puan kesian anak”, sedihnye
bile ingat balik. Masalahnye sya dah hilang tenaga dan tak pandai teknik nak
meneran. Banyak kali jugak cubaan untuk meneran dan tak berjaya. Sebenarnya teknik
meneran yang betul semasa proses kelahiran sangat penting supaya perineum tak
terkoyak besar.
2:06pm Labour Room | Alhamdulillah kedengaran suara bayi
sayup jek sya dengar.. Lega ya allah satu perasaan yang tak mampu dibeli dan
diungkapkan.. Ya allah anugerah terindah kurnianmu 39 minggu aku tunggu penuh
sabar akhirnya!!! Honestly kesakitan yang sya alami tadi bagai nak tercabut
nyawa hilang sehinggakan Doctor jahit perineum pun sya dah tak rase… apa yang
doctor sembang dengan husband pun sya tak dengar.. Thanks ALLAH…
p/s: Syukur ya allah kau pilih aku untuk merasa kesakitan
dan perasaan yang indah melahirkan zuriatku.. entry yang sya tulis ni untuk
tatapan #shaziaazzahra bila awak besar nanti.. dan percayalah semua orang akan
rasa kesakitan yang berbeza.. Dan yang paling penting beruntunglah kaum wanita
pahala jihad lahirkan zuriat kita ibarat pahala sahid.. Lagi sekali syukur
sangat dapat rasa kesakitan itu dan mampu lahirkan zuriat normal..
X0X0
❤ Alhamdulillah #thanksallah ❤